Home » , » Dakwah zaman nabi dan zaman kini

Dakwah zaman nabi dan zaman kini

Written By SieR on Sunday, February 7, 2010 | 5:59 PM

Sistem pendidikan perlu dimajukan ke arah kejayaan menyeluruh Sejak kebelakangan ini, saya banyak membuat kajian kepada sistem pendidikan dengam merujuk kepada pelbagai sumber rujukan. Saya amat berminat dengan subjek ini kerana ia ada kaitan dengan arah tuju serta sekolah yang Hajar dan Adam - dua anak kesayangan saya - akan bersekolah pada masa akan datang. Banyak sekolah yang baik saya dengar dan tahu seperti Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Agama yang dibangunkan oleh pelbagai organisasi. Sekolah yang dibangunkan oleh kerajaan? Bagus. Tetapi saya rasakan ada ruang untuk dimajukan. Pada zaman Rasul, tiada sekolah? Atau apa kepentingan sekolah?

Sebenarnya zaman Rasul sudah ada sekolah. Asas sekolah adalah untuk mencari ilmu. Zaman Rasul, ia ditunjukkan dengan perjumpaan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Kebanyakan pelajar-pelajarnya dewasa. Anak kecil? Saya tidak berjumpa lagi sumber menerangkan proses pembelajaran ini. Jika diperhati pada Rasul, baginda tidak ke sekolah. Seawal 12 tahun, sudah mengembara untuk berniaga. Seawal itu juga seudah menggembala kambing. Namun saya pasti ada proses pembelajaran. Cuma tidak sama dengan keadaan sekarang yang berbangunan, ada guru, ada uniform dan pelbagai pembaharuan yang ada.

Bilakah pendidikan menjadi lebih formal?

Kalau diperhatikan, pendidikan menjadi lebih formal dan diperbaiki sistemnya pada zaman Nabi setelah tertegaknya Madinah. Apabila ada tentera yang ditawan dalam Perang Badar, mereka diarahkan untuk mengajar si anak-anak. Lebih diatur berbanding di Mekah. Sistem pendidikan menjadi lebih formal apabila kita menyemak kisah zaman Umayyah, Abasiyyah dan seterusnya. Ada bangunan, ada pendidik yang formal dan ada sijil ijazah yang akan dikurniakan jika berjaya mencapai kejayaan. Ia makin formal dan diatur.

Untuk apa pendidikan itu?

Ia untuk memajukan masyarakat atau ummah. Ia adalah untuk mengenalkan individu kepada kebenaran. Ia adalah usaha untuk membaiki apa yang sedia ada. Cuma ia agak berlainan prosesnya pada zaman Renaissance dengan zaman kini. Asasnya tetap sama: perlu ada guru, murid dan bahan yang ingin dipelajari.

Atas dasar itu, dalam memahami kehidupan dalam pendidikan, asasnya tetap sama. Apa juga peristiwa dalam hidup ini akan mempunyai pola dan tatacara yang diadun oleh undang-undang universal. Dalam bahasa Arab, ia diistilahkan sebagai fitrah atau sunnatullah. Cuma sudah tentu pengalaman belajar akan berbeza dahulu dan sekarang. Hatta kalau seseorang ke universiti A tahun ini dan tahun hadapan, pasti ia memberi kesan berbeza kalaupun bangunan dan sistem yang diguna adalah sama. Perbezaan ini wujud kerana ada komponen masa.

Masa berubah

Kerana masa berubah, ia berjaya mengumpulkan pemboleh ubah atau faktor yang berlainan bagi memberi impak berlainan untuk setting yang 'sama'. Jika anda belajar di sekolah A tahun ini tidak semestinya memberi kesan yang sama jika anda belajar tahun depan. Ini disebabkan masa berubah. Perubahan masa ini menjadikan sistem leboh kompleks untuk difahami secara linear.

Tidak mungkin melalui sesuatu perkara 2 kali kecuali pasti ada perbezaannya. Atas dasar itu, amat penting kita mengambil pengajaran kata-kata Socrates:

Socrates: Heracleitus is supposed to say that all things are in motion and nothing at rest; he compares them to the stream of a river and says that you cannot go into the same water twice.

Asas Ilmu untuk Dakwah

Rasul mengajar ilmu untuk digunakan dalam diri dan menyampaikan pada yang lain. Tidak ada beza antara zaman Nabi dan sekarang tentang pentingnya menuntut ilmu. Cuma yang beza, ilmu pada zaman Rasul itu untuk diamal dan mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi zaman sekarang, banyak faktor sudah berubah. Ilmu juga sepatutnya dituntut untuk membaiki keadaan masyarakat. Itulah yang akan mendekatkan diri kita kepada zamn Nabi.

Sistem dakwah yang akan dilalui juga akan 'sama' dan 'lain'. 'Sama' kerana ia adalah dakwah. 'Lain' kerana individu zaman sekarang yang berdakwah sudah bergelumang dengan pelbagai faktor yang mengotorkan jalan perjuangan sehingga cabaran zaman kini lebih mencabar - bukan sahaja dari luar tetapi diri si pendakwah itu sendiri. Sistem dakwah tetap sama tetapi banyak faktor-faktor temporal sudah berubah. Ini perlu difahami untuk meluaskan hati ketika menghadapi dugaan di atas jalan dakwah. (st-gallery.com)

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Barito Putra - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger